La Petite Princesse ♥



Diary About Link Love



Follow|Home
Tuesday, 11 March 2014 | 18:20 | 0 sweethearts
Assalamualaikum,

so yea, aku nak cerita pasal kucing aku yang hilang tu. wahaha. terasa lawak pulak diri ini. dah lemau sangat act ceritanya. tapi tak kira tak kira nak cerita jugak. 

ini kronologinya. okay, berita retiss sangat nak ada kronologi bagai. ;p

Khamis 6/3/2014

pagi tuu aku nampak Panther panjat-panjat tingkap rumah. okay kalau nak tau, dia ni ada habit panjat tingkap. pastu dia kompom duduk kat anjung tingkap (idrk that name actually huhu :<), pastu dia akan meraung sekuat hati panggil aku. kalau aku buat tak dengar, lagi dia panjat tingkap tu. ngengada sangat tau. padahal dah makan tu. esh, tamak haloba budak ni. kataku dalam hati. 

hehe.

tengahari tu, family dia tidur kat verandah beramai-ramai. bergulingan merata tempat. tapi aku dah perasan dah, aku tak nampak dia. so aku fikir dia tidur bawah Merc bapak aku lah sebab tu tempat feveret dia. selain dari rak kasut -.-" 

tapi petang tu, adik aku panggil dia. dia tak datang. pastu adik aku suruh aku panggil dia. sebab dorang rapat ngan aku kan. lagipun suara aku kuat. betul tu, pelik betul. haih~ aku panggil banyak kali, tak datang. aku gelabah, ajak adik aku pusing rumah cari dia. sampai belakang rumah nenek aku aku pergi. mana lah tau dia terasa dirinya ayam pastu masuk reban ayam ke, haa. mana tauuu. eventho dia tak pernah pergi belakang rumah nenek haku. takde. aku tengok kebun kelapa sawit belakang tu, aku nampak segerombolan monyet tengah berborak sambil makan isi kelapa. ewah. seronok hidup kau. kelapa pandan muda atuk aku pulak tu. kemain monyet-monyet sekarang ni. materialistik. 

malam tu, aku keluar rumah lagi. kengkonon berani sangat dalam hti, dengan semangat yang berkobar, aku pergi dekat-dekat ngan kebun yang gelap gelita tu. panggil Panther sekuat hati. tak boleh blah bila makin aku dekat kebun tu, makin ada suara yang ajuk aku decit-decit panggil kucing aku. hoh. dengan malam jumaat nya. tapi aku buat bodoh je. haha. sebab perasaan nak cari anak kucing lagi kuat daripada perasaan takut. :')

Jumaat 7/3/2014

pagi-pagi aku start motor dengan harapan nak meghempitz sekeliling rumah. sebab petang tu ada latihan kalau tak jangan mimpi aku nak bawak motor kat rumah muahahaha aku pemalas tau harap maklum. okay. tapi sebab palotak hang duk mikir pasal misteri kehilangan anak kucing, so, aku berhenti main motor, aku amek barang-barang berkenaan, aku masuk kebun. sensorang. pepagi. gila ko. haha. dengan pakai but kebun bapak aku, ketepek ketepek dahku jalan. tu kalau kena kejar monyet tu memang tergolek-golek lah aku jatuh. ehee. 

kat depan tu ada sekumpulan monyet. sembang reramai. amboi. pastu dorang pandang aku ramai-ramai. fineee, mesti pelik nampak ada sorang budak lagi kecik dari dorang, dengan sweater pink nya duk jerit-jerit panggil nama kucing. aku dah lah cuak takut ada ular muncul. benci sangat masa tu. --'

tak jumpa, aku keluar, balik, dhuha. habis dhuha, aku teringat-ingat Panther, aku masuk kebun lagi. jauh sikit dari tadi. yep. sensorang again. aku tak tau apa yang aku pikir masa tu. aku just bayangkan yang dia sesat, pastu aku panggil dia, dia lari-lari kat aku. aku tak boleh berhenti bayang kan benda tu. 

Sabtu 8/3/2014

pagi tu aku masuk kebun lagi. dengan mak aku. kali ni masuk dalam sampai ke hujung kebun. jauh. tapi tak jumpa jugak. aku dah start redha dah. sebab aku cari tak dapat dapat. 

so aku pun pikir takkan jumpa dia dah. aku cuma harap satu je, andaikata dia dah besar nanti, dia balik rumah. aku harap dia tak lupa kat aku. tu je. :'(

but wait, Allah lebih mengetahui. petang tu time basuh pinggan, tetiba adik aku jerit, "kakak! Panther dah jumpa!" aku punya happy tu kau tak yah cakap lah. macam dapat emas sekati. haaaa. muka yang bersinar cemerlang gemilang terbilang katekau. gituuuu. 

aku ingat aku dapat peluk dia. aku ingat nak bagi dia makan bebanyak sampai gemuk. aku ingat nak cakap ngan dia, "jangan lah hilang lagi, kakak sayang sangat kat kau.." aku ingat aku tak nak marah dah bila dia lari ke dapur cari aku, bila dia berdiri atas kaki aku. 

aku ingat...

betul, Allah temukan dia dengan kami. dalam keadaan muka yang hancur, badan yang besar sebab kembung, badan yang keras, kaki penuh darah beku, usus yang dah terkeluar, dan terapung dalam kolah. aku terkedu sendiri.. adik aku dah nangis mengongoi kat sebelah aku... tapi aku tak... aku sedih sangat... tapi aku tak boleh nangis.. sebab aku dah banyak nangis before tu... so aku cuma diam... semua benda yang aku bayang kan masa keluar rumah tadi hilang camtu je. 

petang tu, kitorang tanam dia. masa tanam pun aku tak cakap pape. aku tak tau nak buat apa. 

aku ingat dia akan berlari ke arah aku. macam dulu. macam selalu. 

Allah sayang dia. Allah pinjamkan dia sekejap je kat kami. mak aku cakap maybe dia mati lemas dari hari khamis tu. either dia nak minum, atau dia tengah main, pastu tergelincir. kolah tu dalam, bagi kucing lah. dindingnya licin. tapi before this kitorang cari kat situ memang tak jumpa. sebab dia tenggelam, maybe. dan sekarang dia timbul. sedih... TT

aku tak sempat bagi dia makan petang tu. lepastu bila aku bagi adik beradik dia makan, aku mesti terbayang kan dia. sebab dia paling kuat makan. dia kecik, tak cukup zat dari lahir. tapi semua orang sayang sangat kat dia. sampai mak aku sanggup belikan susu formula khas untuk anak kucing semata-mata taknak tengok dia mati sebab tak cukup zat. 

yang sedihnya, mak aku kan selalu busy. tapi pagi before dia lemas tu, mak aku peluk-peluk dia. mak aku cakap, "kau ni comel sangat. mak saaayang sangat kat kau tau.." petang tu dia lemas. TT_TT

ni masa dia kecik sangat, lepas makan dia terus tidur. comel angat. :'>


lepas mandi. gambar ni lawak sangat sampai setiap kali aku tunjuk kat dia, aku panggil dia alien haha :D

hari Ahad bila ntah. sebab dia bising sangat, aku tangkap, aku letak kat riba. pastu dia tidur. hee. :3 oup, susah tau nak tidur kan dia.

amboi. stretching tak ingat. saja nak halang aku baca paper lettuw~ 

"waddup, nigga?"
muka sememeh lepas bangun tidur. haha xD

gambar ni seminggu sebelum dia hilang. :(

lepas mandi hari Rabu before dia hilang. tskk TT


sedih sangat... masa memula dia hilang, malam tu aku tak boleh tidur. setiap kali aku nyenyak, aku dengar bunyi kucing. aku bangun, aku bukak lampu kat verandah rumah. aku tengok lelama. mana tau dia datang kan? benda berlarutan dari pukul sebelas lebih sampai pukul satu. lepas pukul satu aku tertidur, aku mimpi aku jumpa baaaanyak kucing macam dia. tapi aku cari dia jugak. heh. :')

gambar first dia. comel sangat macam nak buat gambar passport tau muka.
so, that's it. kronologi dah habis.

one word, kakak sayang Panther sangat-sangat.. :'<

Assalamualaikum 


0 Comments:

Post a Comment