La Petite Princesse ♥



Diary About Link Love



Follow|Home
Thursday, 6 March 2014 | 05:39 | 0 sweethearts
Assalamualaikum

"just don't cry in front of them. just don't."

i'm not in a very good mood. baca blog naby lagi buat aku sedih. aku takde mood nak tengok drama, tengok rm, hapekebende, takde. no. nehi. how i wish i can cry as loud as i can. :'<

balik lah please, tolong lah balik... aku janji tak marah kau dah. nanti kau balik, aku bagi kau makan sesedap ye. kau suka makan sardin Whiskas tu kan? takpe. aku bagi dua peket untuk kau sorang je. nanti aku buat susu untuk kau. dah lama tak minum susu kan? tapi kau kena balik... kalau kau tak balik camne aku nak bagi kau semua tu? 

kau mesti lapar kan? aku tak sempat bagi kau makan petang tadi. abang kakak kau semua dah makan dah. balik lah cepat Panther. dah taknak makan dah ke? :'(

................................................................................................................................................

ya Allah, sedihnyaaa... aku dah lama tak nangis sebab kucing. tapi kali ni aku nangis betul-betul. entah. sedih sangat. bila ma kata dah takde harapan dah nak jumpa, aku rasa macam nak keluar rumah sekarang jugak. nak cari dia sampai jumpa. maybe aku rasa broken sangat sebab selama ni aku yang banyak habiskan masa dengan dorang. hari-hari aku jaga. kadang-kadang dorang tidur pun kat riba aku. nak makan pun carik aku. aku bebel-bebel pun dorang buat dono je. kadang-kadang bila dorang nampak aku duduk termenung kat luar rumah, dorang datang, baring kat kaki aku. bila aku keluar je rumah, dorang semua berlari nak ngadu lapar, aku pergi kerja, dorang sibuk nak ikut. kadang-kadang jugak, bila aku sidai kain, dorang mesti boikot aku reramai. nanti ada je yang duk tarik-tarik kain tu kasi jatuh. bila aku tarik alik, dorang lari. lepastu bila aku buat tak layan dorang, aku sibuk dengan headphone aku, ada je yang gigit kaki aku. supaya aku layan dorang. main dengan dorang.

habistu kalau sekor hilang, kau paham tak perasaannye cemana? even sekor. yang hilang tu yang paling kecik pulak tu. yang sentiasa lari cari aku kat dapur. yang pijak kaki aku dengan kaki kecik dia yang comel tu supaya aku basuh pinggan cecepat pastu bagi dia makan. yang selalu menjawab bila aku membebel panjang-panjang. 

now, aku cakap terus terang. i've make up my mind. kau tau kebun belakang rumah nenek aku kan? aku dah tak pergi situ since aku sekolah rendah. which is a few years ago. aku nak masuk situ esok. aku nak cari Panther sampai dapat. aku nak bawak dia balik. by hook or by crook. takde sape boleh halang aku. 

doakan aku jumpa dia yee. bawak balik dia dalam keadaan sihat. aku taktau jauh mana aku nak pergi esok. doakan aku selamat. :')

Assalamualaikum  


0 Comments:

Post a Comment