La Petite Princesse ♥



Diary About Link Love



Follow|Home
Saturday, 8 February 2014 | 09:16 | 0 sweethearts
Assalamualaikum :)

"promise you'll stay...."

yes. 


okay seriously dah tetengah malam and kali ni aku nak buat entri sepantas kilat sebab masa tidur aku dah sampaiiii hihi >_<

ingat nak buat tadi awal-awal sikit pastu dah terbantai duduk nganga depan tibi tengok cerekarama LollyPop. haaa. pastu kutuk-kutuk citer tu, habis gak tengok kan? ish ish. tapi sungguhlah, citer tu tak logik. tu je nak cakap. full stop.

jadual aku sekarang ni packed gilaa. macam retis tau. gituu. pagi tadi je seharian duk ulang alik asia ikut kursus pra L. amboi. lemau dah muka ni pengajar tu tengok tauu.but the best part is, i suddenly met awi there omg omg teruja ai tau! hikhik *gelak gedik* okay tak payah nak pura-pura zakiah kan padahal kau memang dah rancang ngan awi pun nak datang sesama. pffttt.

punya sakan bermesej-mesej pastu dia datang dua-dua diam dua saat. yah, awkward moment again and againnn~ haha pastu kau tau lah aku ni cane kan? kalau dah clique ngan somebody tu diamnye tak lama mana pungggs. pastu pong pang pong pang lah kau bergelak tak hengat dunia, bergosip mak jemah, sampai ade sorang mamat tu dia pakai spek hitam gedabak atas pale pun kitorang kasi bahan sampai gelak terkekek-kekek. jahat sangat tau masa tu. haha.

and kat situ pun ada suraya gak. but well, aku tak rapat ngan dia so aku nak tegur dia tapi tak tau nak cakap apa. just hai hai pastu krikk kriikkk. pathetic u.u

macam biasa, bila dah habis tu, haruslah kita meng-selfie-kan diri kita ni kan? kasi kenangan sikit pastu letak instagram. hohoho. zaman moden katenyeee. so, macam orang tak betul lah kitorang selfie-selfie bagai. eksaited sangat. aku rasa semua orang pandang pelik kat kitorang tau. hihi ^^v

kau tengok. aku pendek. okay tau tu. -.-

hai nama saya zakiah. awak? *tetibe*

nak dijadikan cerita, okay, ni baru tadi berlaku. petang tadi aku bakar sampah. eheee.. suka main api kan zakiah kan? hehe. act tu bapak aku suruh tau. kite tak berani main api tau awak. ugh. anyway, takde lah sampah pun, banyak daun-daun kering and sisa kumbahan tina and le family.

pastu kau tau lah rumah aku ni kat kampung, sekeliling kebun, tempat aku bakar tu kat kebun betul-betul dekat ngan garaj kereta tu tau. haa. eh takyah bayangkan rumah aku garaj aku cemana eh. duduk dediam baca je. haa pastu dah lewat petang sikit, aku masuk lah rumah. 

dinner, kendian tetiba daripada sliding door ghumah tu bapak aku nampak, api ngah menyala dengan ganas lagi dasatnye membaham kawasan kekebun itu. pastu kan pastu kan kelam kabut masing-masing berlari berkejaran dengan tangan memasing bawak baldi segala gayung bagai. ahhaa.. over betul cerita. ;) 

bapak aku dah amek paip getah pastu sambung ngan pili paip tu. yang kitorang dah sakan amek air dari kolah ikan berdekatan. lucky us kolah ikan tu dekaaaat je tau. my mom, amek kunci kereta pastu keluarkan kereta kitorang. cuak mannn. dekat je ngan garaj. sekali tersambar tu tak menangis? ngan tina sekeluarga kat situ, ngan keta rush, merc, innova nye. eeei Nauzubillah. 

tapi masa tu memang tak fikir pape dah kan. tau nak padam api je. dah lah maghrib. pastu main aci redah je kebun tu. masa tu pasal pacat ke, bapak pacat ke, aku dah tak ingat dah. persyaitonkan semua tu. huahaha. tapi kau tau lah kan kalau palotak spesis suka main tu, kekadang mende serious pun boleh jadi seronok. ha'ah ye la tu. daripada cuak terus jadi seronok main simbah-simbah air. siap adik abang haku boleh mnyimbah satu sama lain lagi tau. tak matang okay. huh.

alhamdulillah, even dah merebak pun api tu, tapi kitorang dapat kawal, yeah, semangat sekeluarga gitu. pastu kaki aku gatal kena semak, mak aku cakap ada pacat gigit. egh saje tau mak ni... -,-

moral : jangan lakukan pembakaran terbuka okay? ehh? hihi :3

i waited too long at my mom's office. so i decided to lie on her sofa and selfie myself hihihi xD

bahagia kan dapat baring-baring dalam pejabat mak pastu kalau tetibe orang masuk mencecet nak bangun. hakhak :D



kbai adios assalamualaikum :) 


0 Comments:

Post a Comment