La Petite Princesse ♥



Diary About Link Love



Follow|Home
Wednesday, 19 February 2014 | 07:51 | 0 sweethearts
Assalamualaikum

"i wanna live a thousand lives with you, i wanna be the one you dying to love, but you don't want to.."

damn.



so, aku tak update semalam kan kan kan? //angkat sebelah kening// hehe bukan takde masa tapiiii diri ini terlalai dan leka ngan godaan dunia. Astaghfirullah.. :< heheh takde lah, kalau dah dari lepas maghrib sampai ke tengah malam duduk bersila depan tv memang lah tak update kan? ye dok? haa. 

semalam, aku buat asas kereta. hikhik nebesss nak mampus! dah lah pakcik tu garang. sadis hidup aku tauu. tsk TT. memula datang tu, dia (pakcik) tu yang pandu. dia bawak lah pusing-pusing sg besar. ini jalan A, ni jalan B, kemende tah. pastu sepatah haram dia tak cakap kan. cemane nak start kan keeta, cemana nak lepas gear. aku yang duduk tegak kekonon fokus pada awalnya akhirnya kecundang juga. gittuw~

ahaks kau boleh teka apa jadi kan? ekon sejuk, suasana sunyi, duduk selesa, apa lagi kau nak? jadi.... aku rasa ni rekod pertama yang pelajar memandu tidur ketika diajar. kahkah xD nasib baik pakcik tu tak perasan. kalau tak aku rasa dia tolak aku keluar keta time-time tu jugak pastu kena gelek ngan kereta kat belakang. perghh.

oh ye, aku kan tak pernah nak driving kemende ni kan. lagipun, kalau belajar kat rumah ni semua keta auto. so, macam baik tak payah sebab kat kelas nanti keta manual. pastu, disebabkan guwa tak tau cemane nak tekan clutch (betul ke aku eja ni? -.-), pastu masa nak berhenti buat apa, memang kompom lah aku kena marah kaw-kaw. sampai pakcik tu cakap, "cuba ikut cakap cikgu betul-betul.. *nada marah*" amboi.. tak penyabor bebenor. -.,- mana lah saya tau pakcik.. TT

masalahnya, biasa lah, memula kan nebes cuak nye menggila. sampai dia tension, dia ajak kawan dia yang tengah ajar wawa (wawa pun latihan haritu gak :D) gi minum kat luar. bhaha aku rasa memang teruk kitorang kena kutuk okay. bengap sangat pelajar nye kali ni. xD eh wawa lagi lawak tau, asal berhenti je enjin mati, ngan signal tak pernah pasang, main taram je jalan tak ikut kiri pun, haaa samseng sangat. lagi pulak cikgu dia pun garang. membebel-bebel wawa kat aku. hahaha :p

tapi bila buat second time, perasaan bangga riak ujub tu dah mula wujud. kemain. dah siap tekan-tekan minyak pastu macam saiko je follow wawa rapat-rapat dari belakang. nyahaha keji okay. mementang orang tu tak reti tekan minyak lagi. pastu tiap kali belok aku bubuh signal, diam je pakcik tu. muahahaha rasa jahat sangat masa tu okay. seriously, bila kau dah pandai, kau rasa macam takabbur sesangat tau. macam ah kacang je ni.. okay sembang lebat. -,-"

terus terang, act seronok je belajar bawak keta ni.. hihi ^^v bila dah habis tu kakak kaunter tanya aku, okay ke pakcik tu. bila aku tanya balik macam-macam rupanya aku dapat pakcik yang memang garang. peh patut laa. tapi tak kisah pun. yang penting aku dah reti. alah kau zakiah kalau dah muka seposen tu, orang marah pun kau buat muka seposen. -__-

yay lepas ni dapat lesen L yay! *batak* muehehehe :3

so, talking about spm. memang kompem yang reult keluar 19hb March. and i was like dup dap dup dap omaiiiii cuak gegilaaaa! D: takut okay takutt? bila dengar yana citer pasal budak 5T ada yang salah 4 je fizik paper 1, aku macam hoiii pandainye ko... jealousy much. -0o-

ah, kalau citer memang tah perabis lah cuak tu. so, doa banyak-banyak kat Allah. Allah je yang boleh tolong kau okay zak? heee. tengok? memula aku yang tensyen, nervous bagai pastu nanti aku nasihatkan diri sendiri. double personality, huh?

lately, i bought a new headphone. mahal duhhhhh. RM79 sebab dia Sony and it's original ones. kau tau, aku ni selalu ada masalah 'judging something by it's appearance'. yang mana lawa sikit, nak nak pink pulak, kompom aku beli eventho kualiti dia tahap longkang yang tersumbat. tak sampai seminggu pakai dah kebabom. kohajaaa.

kendian, aku tanya encik abang. dan incik abang kata, kalau nak pastikan benda tu berkualiti, esp kalau menda eletronik bagai ni... better beli yang mahal. sebab lagi berkualiti. atas 50 hingget tu biasanya berkualiti lah. so, aku beli headphone yang paling mahal. hati senang, bunyi pun sedap. mihmih. pertama kali tak nyesal habiskan RM79 begitu sajaaa.. hehehe xD

tapi kau tahu lah aku kan, lepas bukak baru pikir nak amek gambar. serabai tahu serabai? 

i'm looking forward for a hard disk after this. kalau dapat 1terabytes mesti best kan kan? harga dia punnnnn best. bagussss TwT

motif letak gambar niii? -,-
 kbai adios ebelibadi~ :)


0 Comments:

Post a Comment